Pilihan Raya Umum Ke12 akan diadakan pada hari Sabtu 8 Mac 2008 seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Manakala hari penamaan calon pula telah diputuskan pada hari Ahad 24 Februari 2008. Ini menyaksikan tempoh berkempen bagi pilihan raya 2008 ialah selama 13 hari berbanding 8 hari semasa pilihan raya umum 2004 yang lalu.
Pengumuman tarikh-tarikh tersebut telah dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Ab. Rashid Ab.Rahman di satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya selepas bermesyuarat selama satu jam.
Pilihan raya umum kali ini akan melihat perebutan sebanyak 727 kerusi yang merangkumi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini tidak termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang tidak dibubarkan kerana telah mengadakan pilihan raya negeri dalam tahun 2006.
Daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008 akan digunakan untuk menentukan mereka yang layak untuk mengundi. Berdasarkan daftar tersebut terdapat seramai 10,922,139 pengundi yang layak mengundi iaitu 10,701,054 merupakan pengundi biasa dan 221.085 pula adalah pengundi pos.
Jumat, 15 Februari 2008
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar