Rabu, 20 Februari 2008

E-MEL DARI PENCINTA KEDAMAIAN

Saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Penentuan saya hanya semasa saya pangkah di petak mengundi. Cuma saya berseru kepada semua, janganlah kita bercakaran sesama sendiri. Kita bukan budak-budak. Kepada yang beragama Islam, ingat Allah tidak suka kita bergaduh. Gunakanlah media dengan adil untuk kedua-dua belah pihak untuk menerangkan dasar perjuangan masing-masing tapi janganlah untuk kepentingan sendiri sahaja.

Dalam politik biasanya ada pembohongan. Jika boleh janganlah kita berbohong, itu bukan budaya kita. Cakap jujur dan ikhlas, jangan berdolak dalik.

Kita semua berusaha untuk mencapai kemenangan. Tapi kepada yang beragama Islam jangan lupa berdoa kepada Allah. Jika niat kita baik dan suci demi untuk kepentingan bangsa, tanahair dan rakyat, insyaAllah Tuhan akan makbulkan.

Kalah dan menang perkara biasa dalam sesuatu pertandingan. Yang kalah terimalah kekalahan dan yang menang bersyukurlah.

Ikhlas dari:
PENCINTA KEDAMAIAN

1 komentar:

Victoria Mc Mahon mengatakan...

Blog dan artikelnya bagus, komentar juga ya di blog saya www.when-who-what.com