Rabu, 20 Februari 2008

E-MEL DARI PENCINTA KEDAMAIAN

Saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Penentuan saya hanya semasa saya pangkah di petak mengundi. Cuma saya berseru kepada semua, janganlah kita bercakaran sesama sendiri. Kita bukan budak-budak. Kepada yang beragama Islam, ingat Allah tidak suka kita bergaduh. Gunakanlah media dengan adil untuk kedua-dua belah pihak untuk menerangkan dasar perjuangan masing-masing tapi janganlah untuk kepentingan sendiri sahaja.

Dalam politik biasanya ada pembohongan. Jika boleh janganlah kita berbohong, itu bukan budaya kita. Cakap jujur dan ikhlas, jangan berdolak dalik.

Kita semua berusaha untuk mencapai kemenangan. Tapi kepada yang beragama Islam jangan lupa berdoa kepada Allah. Jika niat kita baik dan suci demi untuk kepentingan bangsa, tanahair dan rakyat, insyaAllah Tuhan akan makbulkan.

Kalah dan menang perkara biasa dalam sesuatu pertandingan. Yang kalah terimalah kekalahan dan yang menang bersyukurlah.

Ikhlas dari:
PENCINTA KEDAMAIAN

Jumat, 15 Februari 2008

CUBALAH ANDA UNDI DI SINI DULU

Ini hanyalah blog yang dinamakan 'RAMALAN UNDI PILIHAN RAYA'. Seperti yang diketahui, pilihanraya sebenar kali ke 12 akan diadakan pada 8hb. Mac 2008 ini. Hanya untuk suka-suka dan ramalan sahaja, anda boleh cuba undi di sebelah kiri di petak-petak yang disediakan mengikut negeri samada anda memilih Barisan Nasional ataupun Barisan Alternatif. Kita dapat saksikan sama-sama keputusannya setiap masa sehinggalah keputusan rasmi pada jam 6.00 petang hari 8 Mac 2008.

WEB WEB POLITIK

HARAKAH
http://www.harakahdaily.net/
KEADILAN
http://www.suarakeadilan.com/isi/
DAP
http://dapmalaysia.org/newenglish/
UMNO
http://www.pemudaumno.org.my/
AGENDADAILY
http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp
MCA
http://www.mca.org.my/English/Pages/default.aspx
MIC
http://www.mic.org.my/home.php?version=english
GERAKAN
http://www.gerakan.org.my/#

POLITIK MALAYSIA




mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Bangunan parlimen di Kuala Lumpur
Malaysia mengamal sistem parlimen dwidewan: Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 219 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia dan ini memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak memeranjatkan, undang-undang syariah ini agak berbeza mengikut negeri.
Sistem legaliti Malaysia berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-undang India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan persekutuan dan sesuatu negeri. Semenanjunbg Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya mempunyah mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-kes undang-undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi, penngangkutan, dan hal-hal lain.

Keadaan politik
Parti politik utama Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah memegang kuasa bersama parti - parti yang lain sejak kemerdekaan Malaya pada 1957. Pada 1973, perikatan parti yang berasaskan kepada kaum telah digantikan dengan perikatan yang lebih besar -- Barisan Nasional-- yang mempunyai 14 parti. Hari ini perikatan Barisan Nasional mempunyai tiga komponen penting - UMNO, MCA (Pertubuhan Cina Malaysia) and MIC (Kongres India Malaysia). Perdana Menteri Malaysia adalah ahli daripada parti Melayu (UMNO) di dalam perikatan Barisan National.
Pada awal september 1998, Perdana Menteri Mahathir bin Mohamad telah memecat Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral dan juga korupsi. Anwar mengatakan bahawa penyingkirannya adalah kerana perbezaan politik antaranya dan Mahathir. Beliau telah melancarkan beberapa siri tunjuk perasaan untuk mendesak diadakan reformasi pada sistem politik Malaysia. Kemudiannya, Anwar telah ditangkap, dipukul ketika ditahan di penjara (termasuk dipukul oleh Ketua Polis Negara), dan didakwa dengan kesalahan melakukan rasuah, dalam kedua-dua konteks undang-undang dan moral, pendakwaan-pendakwaan termasuklah halangan keadilan dan liwat. Pada bulan April 1999, beliau telah didapati bersalah kepada empat pendakwaan korupsi dan telah dijatuhkan penjara selama 6 tahun. Pada bulan Ogos 2000, Anwar telah didapati bersalah pada pendakwaan liwat dan telah dijatuhkan 9 tahun berturut-turut selepas kesalahan yang dijatuhkan selama 6 tahun tersebut. Kedua-dua perbicaraan telah dipandang oleh pemerhati tempatan dan antarabangsa sebagai tidak adil. Sabit kesalahan Anwar terhadap kes liwat telah ditukar menjadi sebaliknya, dan beliau telah menyempurnakan 6 tahun penjara bagi korupsi, beliau telah dibebaskan daripada penjara. Dalam pilihan raya umum November 1999, Barisan Nasional telah kembai berkuasa dengan tiga perempat daripada keseluruhan kerusi parlimen, tetapi kerusi UMNO telah jatuh dari 94 ke 72. Pakatan pembangkang Barisan Alternatif, yang telah diketuai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), telah meningkatkan kerusinya kepada 42. PAS kembali mengawal kerajaan negeri Kelantan dan telah memenangi kerajaan negeri Terengganu.
Perdana menteri kini adalah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (lebih mesra dipanggil sebagai 'Pak Lah'). Beliau mengambil alih pentadbiran berikutan persaraan Dr. Mahathir (sekarang Tun Dr. Mahathir) pada 31 Oktober 2003. Abdullah Badawi dilihat sebagai tokoh yang lebih bertolak ansur dan lemah-lembut jika dibandingkan dengan Tun Dr. Mahathir yang gayanya lebih berterus terang dan bersifat konfrontasi. Beliau berikrar untuk meneruskan dasar-dasar berorientasikan agenda pembangunan Tun Dr. Mahathir, sementara itu membuat kurang kenyataan pengistiharan berkaitan dasar luar berbanding Tun Dr. Mahathir, yang kerap kali menyelar negara-negara barat, iaitu Amerika Syarikat dan Australia secara khusus.
Dalam pilihan raya umum pada Mac 2004, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai Barisan Nasional untuk mencapai keputusan undi yang besar, yang mana Barisan Nasional mendapat semula negeri Terengganu. Kini kerajaan campuran menguasai 92% kerusi dalam Parlimen. Pada tahun 2005, Dr. Mahathir telah menyatakan "Saya percaya negara ini harus mempunyai kerajaan yang kuat tetapi tidak terlalu kuat. Suatu majoriti dua pertiga seperti yang saya nikmati ketika saya merupakan perdana menteri adalah cukup tetapi suatu majoriti sebanyak 90% adalah terlalu kuat... Kami memerlukan parti pembangkang untuk mengingatkan kami jika kami membuat kesilapan. Apabila anda tidak ditentang, anda berpendapat bahawa setiap perkara yang anda buat adalah betul

BARISAN ALTERNATIF

Formation
The impetus for the BA's formation was the September 20, 1999 arrest and subsequent conviction of former UMNO deputy prime minister Anwar Ibrahim, who had been fired from his government posts and subsequently became the leader of the Reformasi movement against UMNO. On October 24, 1999, the four largest opposition parties -- the Islamic Party of Malaysia (PAS), the Democratic Action Party (DAP), the National Justice Party (Keadilan) and the Malaysian People's Party -- announced an electoral alliance and issued a joint manifesto.
In the 1999 general elections, the BA cooperated to contest only one candidate in each constituency. The big winner was PAS, which captured the states of Kelantan and Terengganu and increased its parliamentary seats from 7 to 27. DAP increased its share from 7 to 10 but with two of its most prominent leaders, Lim Kit Siang and Karpal Singh losing their constituencies. This disappointing performance was blamed mostly on its largely Chinese electorate's distrust of the alliance with PAS. The newly formed Keadilan, crippled by the detention of many of its leaders, took only 5 seats. The Barisan Nasional retained a 77% absolute majority with 148 of 193 seats.

Fragmentation
From the very beginning, the alliance had been strained by PAS's unwillingness to publicly renounce its aim of making Malaysia an Islamic state, a position that was anathema to Malaysia's 45% non-Muslim minority, although a temporary compromise was achieved when PAS did not include the issue in the joint manifesto.
However, the strain increased after PAS's election victory and the minority parties' realization that they were losing votes to the fear of an Islamic state. Shortly after the September 11, 2001 attacks, the DAP announced its withdrawal from the Barisan Alternatif on September 21, 2001.

2004 General election
The split has led to infighting between the opposition parties in the 2004 general election. As they could not agree in the allocation of seats in each state, many seats had multiple contestants. Ties between Keadilan and PAS were also strained, as was evident in PAS' refusal to support Parti Rakyat Malaysia's bid in the Kota Bharu parliamentary seat.

BARISAN NASIONAL

Barisan Nasional (National Front or BN) is a major political coalition in Malaysia. Formed in 1973 as the successor of the Alliance (Parti Perikatan), it has ruled Malaysia uninterrupted (its term as the Alliance included) since independence. The National headquarters is located in the nation's capital, Kuala Lumpur. Barisan National has seats in every state in Malaysia, and is the majority party in 12 out of 13 States and the Federal Territory, the only exception being the state of Kelantan which is still under the control of the minority PAS government.

The vast majority of Barisan Nasional's seats are held by its three largest race-based parties — the United Malays National Organization (UMNO), the Malaysian Chinese Association (MCA), and the Malaysian Indian Congress (MIC) — each of which is sectarian in nature, though officially supporting racial harmony. In the view of some scholars,
Since its inception the Alliance remained a coalition of communal parties. Each of the component parties operated to all intents and purposes, save that of elections, as a separate party. Their membership was communal and their success was measured in terms of their ability to achieve the essentially parochial demands of their constituents”
Although both the Alliance and Barisan Nasional registered themselves as political parties, membership was only possible indirectly through one of the constituent parties. In the Alliance, one could hold direct membership, but this was abolished with the formation of the Barisan Nasional. The Barisan Nasional defines itself as "a confederation of political parties which subscribe to the objects of the Barisan Nasional". Although in elections, all candidates stand under the Barisan Nasional symbol, and there is a Barisan Nasional manifesto, each individual constituent party also issues its own manifesto, and there is intra-coalition competition for seats prior to nomination day

As of December 2003, Barisan Nasional's member parties are:

United Malays National Organization (UMNO)
Malaysian Chinese Association (MCA)
Malaysian Indian Congress (MIC)
Gerakan Rakyat Malaysia (Malaysian People's Movement)
People's Progressive Party (PPP)
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Sarawak United People's Party
Sabah Progressive Party(SAPP)
Parti Bersatu Sabah
Liberal Democratic Party
Parti Bersatu Rakyat Sabah
United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation
Sarawak Progressive Democratic Party


Dalam negara demokrasi Malaysia sebagai rakyat kita bebas memilih di hari pengundian (Pilihanraya). Undilah.... Jangan Tak Undi.....

PETI UNDI TELUS CAHAYA

SPR akan menggunakan peti undi telus cahaya (transparent) dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang akan datang. Peti-peti undi ini akan menggantikan peti-peti undi lama yang diperbuat daripada logam yang dicat hitam. SPR menempah 50,000 unit peti undi telus cahaya dan telah mula membuat penghantaran ke Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri. Penggunaan peti undi yang telus cahaya adalah selaras dengan komitmen SPR untuk meningkatkan lagi tahap ketelusan pilihan raya yang diadakan di negara ini.

SEJARAH SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli.
Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala Ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.
Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli Suruhanjaya ditambah kepada 3 orang. Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir. Y.Bhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan. Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi. Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak. Bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya membentuk sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.
Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur. Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988 sebelum berpindah pula ke Aras 5-8, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya.

PILIHAN RAYA 2008

Pilihan Raya Umum Ke12 akan diadakan pada hari Sabtu 8 Mac 2008 seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Manakala hari penamaan calon pula telah diputuskan pada hari Ahad 24 Februari 2008. Ini menyaksikan tempoh berkempen bagi pilihan raya 2008 ialah selama 13 hari berbanding 8 hari semasa pilihan raya umum 2004 yang lalu.
Pengumuman tarikh-tarikh tersebut telah dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Ab. Rashid Ab.Rahman di satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya selepas bermesyuarat selama satu jam.
Pilihan raya umum kali ini akan melihat perebutan sebanyak 727 kerusi yang merangkumi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini tidak termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang tidak dibubarkan kerana telah mengadakan pilihan raya negeri dalam tahun 2006.
Daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008 akan digunakan untuk menentukan mereka yang layak untuk mengundi. Berdasarkan daftar tersebut terdapat seramai 10,922,139 pengundi yang layak mengundi iaitu 10,701,054 merupakan pengundi biasa dan 221.085 pula adalah pengundi pos.